adik pertandingan catur indonesia
Gambar: PIBG SK Bandar Anggerik

Tewas Ramai Lawan Hebat, Adik Diyaz Rangkul Juara Pertandingan Catur Di Jakarta

Iqbal Yasir

Tewas Ramai Lawan Hebat, Adik Diyaz Rangkul Juara Pertandingan Catur Di Indonesia

Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Anggerik, Diyaz Ayden Muhammad Dzarfan berjaya mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan catur (bawah 7 tahun) di peringkat Asia Tenggara dan sebahagian Asia Timur.

Kejayaan tersebut dikecapinya ketika menyertai pertandingan BPK Penabur Asian Zone 3.3 Schools Chess Competition yang berlangsung dari 27 hingga 30 Ogos 2025.

Menurut perkongsian SK Bandar Anggerik, murid dari kelas 1 Razi itu berjaya menewaskan para peserta hebat dari pelbagai negara antaranya juara U7 Myanmar, Hong Kong, serta peserta hebat dari Indonesia.

Kejayaan ini menyaksikan adik Diyaz meraih dua piala, untuk individu, Silver untuk pasukan Malaysia dan wang berjumlah 3 Juta Rupiah (RM770)

Difahamkan, adik Diyaz kini bakal mewakili Malaysia ke Mongolia dalam pertandingan itu pada bulan Oktober depan.

“Diyaz merupakan anak saudara kepada bekas YDP PIBG SKBA SKK, En. Azrin bin Ahmad Zahdi.

“Kami bangga dengan Diyaz! Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68. Terima kasih Diyaz kerana berjaya membawa nama SKBA dan nama Malaysia ke persada dunia!,” tulis hantaran itu.

Terdahulu, seorang murid Pusat Asuhan Tadika Islam (PASTI) Al-Furqan, Chendering di Kuala Terengganu mengharumkan nama negara apabila dinobat Juara Dunia Pidato Bahasa Inggeris.

Kejayaan cemerlang itu dicipta Amatullah Hamidah Muhammad Luqman Al Hakim, 7, ketika menyertai Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Kanak-kanak dan Belia Antarabangsa Ke-63.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Global Arts, Sports and Culture dan berlangsung di Hong Kong pada 23 Januari lepas.

Menurut PASTI Kuala Terengganu, adik Amatullah muncul sebagai Juara Dunia bagi kategori Early Childhood Group (7 tahun) selepas menewaskan peserta-peserta dari seluruh dunia.

“Sebelum ini, adik Amatullah juga telah dinobatkan sebagai Juara Pidato Peringkat Kebangsaan dalam Alam Ria PASTI Malaysia di Melaka.

“Kini, pencapaiannya melangkaui sempadan negara,” kata PASTI Kuala Terengganu.

Sumber: PIBG SK Bandar Anggerik

BACA: Mustahil Untuk Masukkan Zara Qairina Ke Dalam Mesin Basuh – Pakar Patalogi

BACA: Kanak-Kanak Enam Tahun Cedera Diserang Anjing Di Cheras