“Tetap Temani Aku, Di Sisa Waktumu”, Netizen Cair Tengok Cara Atuk & Opah Ni Sambut “30th Anniversary”
Setiap pasangan yang berumah tangga pasti mengidamkan kebahagiaan yang berpanjangan sehingga pipi masing-masing semakin kerepot dan menua bersama-sama. Namun, tidak kurang juga yang ‘kalah’ dalam perjalanan membina mahligai yang harmoni dan sejahtera.
Adat berpasangan, tidak akan pernah dapat lari dari badai dan gelora seiring dengan kata pepatah melayu ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Walau bagaimanapun, ada juga yang tidak mampu untuk meneruskan atas sebab-sebab tertentu yang hanya mereka dan Tuhan saja yang tahu.
Meneliti kisah yang dikongsikan oleh Ary Ruswandi menerusi laman Twitter miliknya, dia abadikan kisah cinta bersama isterinya melalui sebuah rakaman video di tepi pantai. Dalam video tersebut, dia bersama isterinya berjalan di atas pasir yang tertera angka setiap tahun sebagai simbolik 30 tahun mereka hidup bersama.
“Siap melangkah? Siap!” ujar mereka berdua di permulaan video tersebut.
Manakala di akhir video pula, mereka saling berpelukan dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain sambil berdiri di dalam ukiran lukisan berbentuk hati di atas pasir. Cerita cinta yang indah ini sudah pasti diidamkan oleh semua orang.
Namun, lumrah kehidupan, setiap orang memiliki kisah hidup mereka sendiri dan ia tidak akan sama dengan cerita di hidup orang lain. Apa yang penting adalah kita melangkah diatas lakaran hidup kita sendiri, nikmati dan bersyukur apa yang telah ditetapkan oleh-Nya.
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut cair melihat keletah romantik pasangan ini. Di samping mendoakan kebahagian mereka berdua, ada juga berharap mereka juga mampu mengecapi kebahagian yang sama seperti dilalui kedua-dua individu tersebut.
Sumber: Ary Ruswandi (Twitter)