Tesla Model 3 Simple Tapi Hebat, Tetap Bagi Pengalaman Memandu Luar Biasa
Bila sebut Tesla, ramai terus bayangkan kereta elektrik mewah penuh teknologi canggih. Tapi tahukah anda? Walaupun Tesla Model 3 varian Rear Wheel Drive, pengalaman memandunya masih cukup mengagumkan?
Kami di Siakap Keli sendiri sempat memandu uji Model 3 ni, dan serius walaupun versi asas, ia tetap beri rasa “premium” dari setiap sudut. Berikut antara kriteria yang kami notice:
1. Ketahanan Bateri Yang Mantap
Untuk model asas ni, jarak perjalanan boleh cecah lebih 500km (WLTP) dengan satu cas penuh, dah cukup untuk kegunaan harian dan perjalanan jauh.
Admin sendiri cuba bertolak dari Cyberjaya ke Tanjung Malim dengan bateri 100%, lepas tu terus ke Kuala Selangor dan balik semula ke Cyberjaya. Hasilnya? Tak perlu cas langsung sepanjang perjalanan!
2. Prestasi & Pemanduan
Walaupun varian asas, Model 3 tetap laju dan responsif. Akselerasi cepat, stereng ringan, dan rasa pemanduan sangat stabil. Enjin senyap tapi bertenaga tau, memang rasa macam bawa kereta masa depan.

3. Infotainment & Reka Bentuk Dalaman
Reka bentuk dalaman minimalis tapi elegan, dengan satu skrin besar di tengah dashboard yang kawal semuanya. Dari muzik, navigasi, hingga sistem pemanduan. Kabin luas, kemas, dan sangat selesa untuk perjalanan jauh.

Dan masa tengah cas bateri, jangan risau kalau bosan. Boleh main game terus dalam skrin Tesla! Serius, kereta ni bukan sekadar alat pengangkutan, tapi macam “entertainment hub” atas roda.

Ciri Pintar Dan Fungsi Tesla App
Antara fungsi yang paling kami suka dengan aplikasi Tesla di telefon:
Hidupkan aircond dari rumah sebelum masuk kereta
Tengok kamera secara langsung (live camera) macam CCTV
Semak status bateri & lokasi kereta bila-bila masa
Memang praktikal dan rasa lebih selamat!

Nikmati EV Tax Holiday Sehingga 31 Disember 2025
Kalau anda masih teragak-agak nak beralih kepada kereta elektrik, sekarang masa terbaik!
Tesla masih menikmati pengecualian cukai EV (EV tax holiday) hingga 31 Disember 2025. Ini bermakna anda boleh memiliki Tesla dengan harga yang jauh lebih berbaloi sebelum kadar cukai diperkenalkan semula tahun depan.
Akhir cerita, walaupun Model 3 ni versi asas, dari segi prestasi, keselesaan, dan teknologi, ia masih mampu bersaing dengan mana-mana EV premium lain. Tesla kekal unggul dalam memberikan pengalaman pemanduan yang lancar, senyap dan berkuasa.

Tesla Kini Dekat Dengan Anda!
Berita baik! Tesla kini menjelajah ke seluruh Malaysia untuk sesi test drive!
Jangan lepaskan peluang untuk cuba sendiri Tesla Model 3 dan alami sendiri bagaimana “masa depan pemanduan” terasa di jalan raya.
Lokasi & Tarikh Test Drive
Dari jam 10:00 AM hingga 10:00 PM di:
Ipoh – AEON Mall, 4–9 Nov 2025
Kuala Lumpur – Mid Valley Megamall, 10–16 Nov 2025
Alor Setar – Aman Central, 12–16 Nov 2025
Petaling Jaya – Sunway Pyramid, 24–30 Nov 2025
Skudai – Sutera Mall, 24–30 Nov 2025
Kuantan – East Coast Mall, 27 Nov–3 Dis 2025