Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan penularan rakaman video kontrovesi mirip seorang menteri di Malaysia melalui laman sosial. Pelbagai isu telah timbul menerusi penularan ini dan telah banyak spekulasi telah dibuat. Awal pagi semalam, timbul pula sebuah video pengakuan yang dibuat oleh seorang lelaki yang mendakwa dia antara individu terlibat dalam klip video berkenaan.
Walau bagaimanapun, dalam satu kenyataan rasmi, Azmin Ali, sebagai menteri yang dikaitkan dengan isu itu menangkis segala fitnah yang ditaburkan sesetengah pihak.
Susulan perkara ini, ahli keluarganya tampil memberikan sokongan kepada dirinya dalam menghadapi dugaan yang sedikit-sebanyak menggugat kedudukan politiknya dan jawatan yang dipegang.
Tweet yang dibuat oleh kedua-dua anaknya itu sebagai memberi sokongan diatas apa yang telah menimpa bapa mereka. Selain itu, isterinya turut tampil dalam satu posting melalui Twitter miliknya.
Menerusi Tweet yang dibuat oleh ketiga-tiga ahli keluarga ini, rata-rata netizen juga turut menyokong dan mengharapkan mereka semua lebih tabah menghadapi masalah ini.



Sumber: farahshazliyana, AmeerAzmin, Shida Taharin