COVID-19: 30,787 kes baharu dicatatkan setakat 10 Mac 2022
Gambar via Bernama

Terus Meningkat Berbanding Semalam, Sebanyak 3,997 Kes COVID-19 Dilaporkan Hari ini

Eyla Azri

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 3,997 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Jumlah itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,754,513 kes.

Kes positif harian COVID-19 di Malaysia menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini. Malah jumlah kes yang dicatakan hari ini lebih tinggi berbanding 3,683 kes semalam.

Menurut rumusan sepintas lalu di COVIDNOW, peratus rakyat Malaysia yang telah lengkap vaksinasi masih kekal pada 78.4 peratus. Negeri Selangor, WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur menunjukkan peratusan lengkap vaksinasi tertinggi, masing-masing pada kadar 94.2 peratus.

Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini di laman web COVIDNOW.

Sumber: DG Hisham