Terus Berbakti Pada Masyarakat, Ustaz Ebit Lew Beli 100 Tong Air Percuma Untuk Warga Tawau

Sha Rossa

Ebit Lew, insan hebat yang dikenali ramai ini tidak pernah mengenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tak kira di mana ceruk sekalipun, beliau akan turun padang membantu.

Bantuan yang dikirimkan pula tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu ‘hero’ ini akan terus berkhidmat kepada masyarakat.

Antara misi bantuan terbaharu yang sedang giat dijalankan oleh beliau adalah di Sabah selama 10 hari. Difahamkan, misi bantuan ini meliputi daerah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Baca: Ebit Lew ‘Terbang’ Ke Sabah, Bawa 1000 Set Makanan, 100 Kerusi Roda Dan 200 Biji Tab Untuk Yang Memerlukan

Baca: “Walau Berlainan Agama Kita Sebuah Keluarga,” Ebit Lew Ziarah Gereja, Sampaikan 100 Set Makanan, Kerusi Roda

Menerusi perkongsian sebelum ini, pelbagai bantuan telah diberikan kepada penduduk di daerah tersebut.

Kali ini, Ebit Lew membeli pula 100 tangki air untuk dihadiahkan kepada mana-mana individu yang memerlukan di Tawau.

Semoga segala urusan Ustaz dipemudahkan. Amin!

Sumber: Ebit lew