Bukan semua orang terutamanya kanak-kanak mendapat nasib yang baik ketika menempuh kehidupan di atas dunia ini. Faktor kesusahan seperti kemiskinan boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak tidak mendapat pendidikan yang sepatutnya. Namun, sekiranya golongan ini diberikan peluang untuk belajar seperti kanak-kanak yang lain, sudah pastinya dia akan gembira malah turut dapat mengukir senyuman bagi orang-orang di sekeliling.
Seperti perkongsian yang dibuat oleh individu dipercayai seorang cikgu menerusi laman Twitter Bungolale, seorang kanak-kanak perempuan dilihat sangat gembira apabila dapat belajar dan diberikan pakaian seragam. Sebelumnya, ketika pelajar ini mendaftar di sekolah berkenaan, dia hanya mengenakan pakaian harian kerana dipercayai tidak mampu mendapatkan pakaian seragam sekolah.





Pelajar itu juga dikatakan lambat mendaftar di sekolah tersebut dan hanya diberikan pakaian semampunya.
Tindakan guru tersebut menyediakan kelengkapan sekolah kepada pelajar berkenaan mendapat pujian rata-rata wargamaya yang berbangga dengan usaha murni tersebut.
“Terima kasih atas usaha cikgu buat anak ni tersenyum”

“Semoga bertambah pahala cikgu”

“Allahu…semoga Allah jaga adik Suraini di dunia dan akhirat. Aminn”

Sumber: Bungolale
Penulis/Writer
Terbuka untuk fresh graduate lepasan Diploma atau Ijazah
Berumur 26 tahun dan ke bawah
Tiada pengalaman, tunjuk ajar akan diberi
Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik, menguasai bahasa ketiga adalah satu kelebihan
Mempunyai minat dalam bidang penulisan
Berdisiplin, menepati masa dan boleh menyiapkan tugasan dalam yang diberi
Boleh berkerja Shif
Kemasukan segera, mereka yang layak akan dipanggil temuduga
Email ke [email protected]