Walaupun membina empayar perniagaan sendiri, seorang usahawan berasa ‘malu’ untuk memberitahu rakan-rakannya mengenai kejayaannya dalam perniagaan yang berasaskan teknologi.
Lelaki yang dikenali sebagai Adnan Ebrahim itu mendirikan sebuah laman web Car Throttle, iaitu sebuah komuniti dalam talian untuk peminat kereta.
Gambar Via BBCBercakap di A Million by 30 dengan Sean Farrington di BBC Radio 5 Live, dia mengatakan bahawa kali pertama dia melihat potensi perniagaan internet adalah selepas dia menjual gelang ketika di sekolah.
Selepas itu, dia beralih arah ke dunia blogging ketika berusia 16 tahun kerana ia dilihat jauh lebih mengguntungkan, dia mula menulis mengenai kereta namun merahsiakannya.
“Saya pulang dari sekolah setiap hari, menulis beberapa artikel, menerbitkan.
“Keesokan harinya, apabila saya melihat traffic di laman itu, saya menghasilkan wang banyak,” katanya.
Gambar Via BBCSetelah itu, dia merasakan bahawa dia memiliki idea perniagaan yang berjaya.
“Pelik, tetapi saya lebih selesa jika tidak ada orang lain yang tahu apa yang saya lakukan, ia seperti kehidupan kedua yang saya alami dalam talian.
“Tidak ada yang tahu, selain keluarga saya, saya tidak memberitahu rakan-rakan yang lain. Saya menyorokkannya dengan baik,” katanya.
Adnan tersenarai sebagai salah seorang daripada Forbes’ 30 Under 30 pada tahun 2020.
Sumber: BBC