Terrace @ Boulevard Sunway Pyramid Berwajah Baharu, Syurga Kulinari Untuk Dinikmati Semua
Nikmati pelbagai juadah lazat di restoran menarik seperti Seminyak by Warung Eropa, Aftermeal Desserts, Pokok KL dan banyak lagi – sambil mengagumi pemandangan Kepala Singa Sunway Pyramid yang ikonik di Terrace @ Boulevard.
Sunway Pyramid mengundang semua untuk menyertai pengembaraan kulinari ini bagi menikmati baucar eksklusif melalui Sunway Super App serta berpeluang memenangi makanan percuma selama setahun.
Kuala Lumpur, 30 Julai 2025 – Pengalaman kulinari baharu menanti anda di Sunway Pyramid, dengan pembukaan rasmi Terrace @ Boulevard, sebuah syurga makanan tiga tingkat seluas 30,000 kaki persegi.
Hab Makanan dan Minuman (F&B) ini, yang dahulunya dikenali sebagai Blue Cube, terletak hanya beberapa langkah dari mercu tanda ikonik Kepala Singa. Lokasinya di Tingkat Bawah dan bersebelahan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menjadikannya mudah diakses oleh semua, sama ada untuk menikmati hidangan lazat, bersantai, atau menangkap gambar berlatarbelakangkan Kepala Singa yang ikonik untuk dikongsi di Instagram!
Terrace @ Boulevard menampilkan barisan restoran dan kafe unik yang menawarkan pelbagai juadah dan pencuci mulut yang menarik.

“Kami teruja untuk memperkenalkan Terrace @ Boulevard — tambahan terbaharu yang bakal mengangkat pengalaman menjamu selera di Sunway Pyramid,” kata Pengurus Besar Kanan Sunway Malls, Jason Chin.
“Menjamu selera kini bukan sekadar tentang makanan semata-mata — ia adalah mengenai pengalaman dan gaya hidup. Dengan berlatarbelakangkan Kepala Singa yang ikonik dan menakjubkan, zon baharu ini menawarkan suasana yang benar-benar unik, sekali gus mentakrifkan semula maksud makan di luar.”
Tambah beliau, “Terrace @ Boulevard turut mengukuhkan portfolio F&B kami yang kini merangkumi lebih 200 pilihan tempat makan. Daripada kafe untuk pertemuan santai sehinggalah restoran antarabangsa autentik yang menawarkan pengalaman kulinari sejati, kombinasi ini meletakkan Sunway Pyramid sebagai destinasi kulinari yang mengasyikkan.”
Pengalaman gastronomi menanti anda

Antara tarikan utama Terrace ialah Seminyak by Warung Eropa, restoran dua tingkat yang mengangkat konsep makan santai moden serta berinspirasikan Bali dalam reka bentuk dan menunya. Cubalah Nasi Jinggo Bowls yang boleh diolah mengikut cita rasa anda, lengkap dengan pilihan protein dan sambal yang enak.
Antara tawaran istimewa di sini ialah Nasi Jinggo Empal Seminyak, yang dihidang bersama jukut goreng, tempe orek, telur dadar, serundeng dan sambal bawang. Tiga menu eksklusif khas turut ditawarkan di Sunway Pyramid, iaitu Batagor Bandung, Sop Ikan Goreng Sanur, dan Crispy Duck Pancake. Jom jadilah yang terawal mencubanya!
Aftermeal Desserts yang baru menyertai Sunway Pyramid bakal menjadi destinasi pilihan untuk menikmati manisan yang menyegarkan. Tawaran istimewanya, Iron Lady Milk Tea Kakigori, menampilkan ais kisar halus yang berperisa teh oolong Tieguanyin, dihidang bersama jeli gula perang, jeli cincau, serta mochi keladi dan ubi keledek buatan sendiri.

Daripada variasi Kakigori Milo Gelap dan Matcha hinggalah ke manisan panas, Aftermeal adalah lokasi ideal untuk melegakan tekak pada hari yang panas atau selepas sesi membeli-belah bersama rakan-rakan.
Come True Café di Terrace pula menawarkan juadah ‘fusion’ moden yang berinspirasikan Taiwan dan mesra Muslim. Namun, sajian istimewa sebenar mereka ialah soufflé yang pasti membuat anda ‘ketagihan’.
Lebih menarik lagi, menu Tiramisu Soufflé ini hanya boleh didapati di cawangan Sunway Pyramid – eksklusif dan cair serta-merta di dalam mulut!
Tercari-cari lokasi makan mesra keluarga? Nantikan Cili Kampung, restoran mesra Muslim dari Langkawi yang menyajikan citarasa kampung Malaysia yang asli. Jangan lupa mencuba sajian istimewanya, Masak Lomak Beef yang pedas dan kaya dengan rasa. Antara sajian lain yang wajib dicuba termasuk Udang Sambal Petai dan Asam Pedas Tenggiri.

Di tingkat 3, Pokok KL tampil dengan konsep kafe rumah kaca dan menawarkan gabungan rasa Timur serta Barat. Di sini, anda boleh menikmati hidangan sambil menyaksikan pemandangan Kepala Singa yang menakjubkan serta menangkap momen indah yang mesra Instagram. Malah, jangan lepaskan peluang untuk mencuba piza eksklusif mereka yang menjanjikan kelazatan tiada bandingan.
Boulevard Diberi Suntikan Nafas Baharu
Selain itu, Sunway Pyramid turut menjenamakan semula kawasan Oasis Boulevard sebagai Boulevard, yang kini menampilkan 19 outlet F&B sedia ada bagi menghasilkan satu hab makan yang lebih teratur. Pengunjung kini lebih mudah menerokai pelbagai pilihan – daripada masakan Asia sehinggalah sajian Barat yang digemari.
“Pelancaran zon baharu yang penuh warna-warni ini, serta penjenamaan semula Oasis Boulevard, merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk memberikan pengalaman yang luar biasa dan bersifat ‘multi-sensori’ buat para pengunjung.”

Makan, Putar & Menang
Dari sekarang hingga 31 Ogos 2025, para pengunjung jangan lepaskan peluang untuk memenangi hidangan percuma selama setahun!
Untuk menyertai, belanjakan sekurang-kurangnya RM150 dalam dua resit di mana-mana cawangan F&B di Sunway Pyramid untuk mendapat satu putaran bagi memenangi baucar beli-belah atau baucar Sunway Super App, serta satu penyertaan automatik untuk berpeluang memenangi hidangan percuma selama setahun!
Jangan ragu-ragu untuk menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda boleh – lebih banyak penyertaan, lebih tinggi peluang anda untuk menang! Hanya perlu kunjungi kaunter Sunway Super App di Tingkat 1 untuk mendapatkan pusingan anda.
Akhir kata, penyertaan Terrace @ Boulevard dalam landskap runcit Sunway Pyramid yang penuh bertenaga akan melonjakkan kedudukan Sunway Pyramid sebagai destinasi gastronomi dan gaya hidup yang terunggul. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, layari laman web rasmi Sunway Pyramid atau ikuti saluran media sosialnya (@sunway_pyramid).