Berhadapan dengan situasi tembak-menembak sudah pastinya mencemaskan ramai orang. Apa tidaknya, dikhuatiri tembakan yang dilepaskan mengenai diri sendiri sehingga boleh menyebabkan kecederaan malah turut boleh menyebabkan maut.
Ekoran kejadian jenayah yang dilihat semakin parah dalam masyarakat kita, pihak berkuasa perlu menggandakan usaha untuk membanteras kegiatan tersebut. Namun, dalam usaha tersebut kadang kala berlaku insiden tembak menembak antara penjenayah dengan pihak berkuasa. Apa yang membimbangkan, kejadian tembak menembak berlaku di kawasan yang kita kunjungi dan risau peluru yang dilepaskan meliar ke arah kita.
Disebabkan itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada berkongsikan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berdepan dengan situasi berkenaan.




Antara tindakan yang boleh dilakukan oleh orang ramai ialah dengan merendahkan badan mereka serendah yang mungkin. Salah satu tindakan yang boleh diambil dengan membuat tindakan Rebahan Diri (Down).
Anda juga boleh melakukan perbuatan berguling bagi mengurangkan risiko terkena tembakan. Ini adalah kerana peluru sukar untuk menghala ke bahagian yang lebih rendah.
Dan sekiranya anda mendapati terhadap penghadang yang boleh menghalang diri anda daripada terkena tembakan, anda boleh berlindung di belakangnya.
Begitu juga sekiranya berada di dalam kereta, anda juga tidak perlu turun namun hanya berlindung di dalam kenderaan anda.
Pelbagai langkah lagi yang boleh diambil sekiranya anda berdepan dengan situasi getir seperti ini. Lawati laman Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) untuk mengetahui lebih banyak cara dan tindakan yang perlu diambil ketika berada di kawasan tembakan.
Sumber: Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)