‘Terperangkap’ Dalam Program Realiti, Peserta Ini Minta Penonton Undi Dirinya Dikeluarkan

Atiqah Aliah

CHINA- Peserta berketurunan Rusia berusia 27 tahun meminta para penonton untuk mengundinya ‘keluar’ dari rancangan realiti mencari kumpulan baru (lelaki) di China yang berlangsung selama berbulan-bulan.

Akhirnya, dia mampu menarik nafas lega apabila ‘gagal’ memasuki pentas final program itu.

Vladislav Ivanov, seorang penterjemah dan model sambilan dari Vladivostiok, Rusia. Kini, dia bebas setelah ‘terperangkap’ selama dua bulan.

Dia yang fasih berbahasa cina, pada mulanya hanya mencari ‘penyorak’ atau penyokong bagi peserta Jepun dalam rancangan itu. Tetapi setelah tiba, dia yang berpenampilan segak membuatkan staf keliru.

Pengarah rancangan membuat keputusan dengan memujuknya mengambil bahagian dalam rancangan realiti itu setelah mengetahui dia fasih bercakap cina.

Namun, “kehidupan” barunya bukanlah indah, Vladislav merasakan ianya salah satu kesalahan terbesar dalam hidupnya.

Setelah itu, Vladislav menandatangi kontrak dan menjadi salah satu daripada 90 peserta. Peserta akan bersaing bagi menempatkan diri dalam kumpulan yang beranggotakan 11 orang lelaki.

Peserta dari Rusia ini menyedari bahawa itu bukanlah sesuatu yang dia idamkan. Dia seolah-olah seperti kayu kerana tidak pandai menyanyi, menari ataupun mempunyai tarikan.

Menurut South China Morning Post, terlihat jelas peserta itu menampilkan persembahan ala kadar dan tidak bersemangat. Walaupun semua peserta yang lain berjuang untuk bersaing di pantas final, dia jelas menunjukkan ‘ingin keluar’ melalui persembahannya.

PELANGGARAN KONTRAK

Mungkin anda berfikir mengapa dia tidak berhenti saja jika sudah tidak ada hati dengan program itu kan?

Tetapi sekiranya dia memutuskan untuk keluar sebelum pentas final atau tidak diundi keluar, dia harus membayar denda yang tinggi. Disebabkan itu, satu-satunya cara untuk dia keluar adalah dengan meminta kepada pengundi untuk berhenti menyokongnya.

“Menjadi ahli kumpulan lelaki bukanlah impian saya kerana saya tiada bakat,” kata Vladislav dirancangan realiti itu.

“Saya harap para juri untuk tidak menyokong saya. Walau yang lain (peserta) inginkan A, tetapi saya mahukan F kerana ia bermaksud kebebasan,” ucapnya di program itu.

Sumber: Oddity Central