Ketika seluruh Malaysia pada ketika ini sedang bergelut dengan penyebaran Covid-19, ketahuilah bahawa ada golongan yang tidak bernasib baik terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan ini.
Saban hari, pelbagai kisah yang terungkai semasa PKP sedang berlangsung. Ada yang tidak mampu membelikan susu anak dan ada juga yang sudah tidak menjamah makanan selama beberapa hari kerana ketiadaan sumber kewangan yang kukuh.
Terbaru, menerusi kiriman yang dimuatnaik oleh Aisyah Abdul Halim di laman Facebook, beliau menceritakan mengenai seorang kanak-kanak yang mendapat sumbangan bekalan makanan.