Salah letak telefon bimbit adalah salah satu masalah yang kadang-kala menyakitkan hati. Yela, bila kita nak cepat masa tu jugaklah telefon nak hilang dan tak tahu mana kita letak.
Untuk pengguna Android, sebenarnya ada cara yang sangat mudah untuk korang kesan di mana telefon korang kalau tersalah letak. Apa yang korang perlu adalah laptop atau telefon pintar lain yang akaun googlenya berdaftar masuk emel yang sama dengan telefon yang hilang.
Ikuti langkah-langkah ini untuk kesan telefon bimbit korang yang asyik terlupa letak kat mana.
Langkah 1: Search di google “Find My Device”

Langkah 2: Klik Find My Device – Google

Langkah 3: Klik Play Sound dan telefon korang akan berbunyi

Mudah je kan. Lepas ni tiada lagi masalah terlupa telefon korang letak mana.