Seorang pelajar ijazah di Universiti of Aberdeen yang berhasrat untuk mengubati rindunya pada keluarga yang menetap di Mellissia berdekatan dengan ibu kota Yunani Athens.
Pelajar yang berusia 20 tahun itu telah berjaya mengayuh basikal sejauh 2,000 batu dari Scotland Utara ke Yunani untuk bertemu keluarganya berikutan wabak Covid-19.

Perkara itu tidak menghalangnya berbuat demikian. Malah, dia telah menyediakan khemah dan makanan sebagai alas perut sepanjang perjalanan seperti mentega kacang, roti dan sardin.
Dia telah menempuh satu perjalanan yang sangat epik dan membawanya ke seluruh dataran Eropah sebelum dia tiba di tanah air.
Pelajar ini telah memulakan perjalanannya pada 10 Mei, dia telah menaiki feri ke Belanda sebelum berhenti di Jerman, Austria dan turun ke Itali. Lebih menariknya, dia turut membawa muatan yang diletakkan dibahagian belakang basikalnya dengan berat 30 kilogram.

Akibat tidak dapat menggunakan penerbangan, dia telah nekad untu pergi dengan menggunakan basikal. Katanya, sepanjang perjalanan, terkadang terjadi perkara seperti tayar basikalnya pecah sehingga 2 atau 3 kali sehari. Walaupun itu agak sakit. Namun, perkara itu tidak mematahkan semangatnya.
Segala penat lelahnya hilang selepas dia disambut oleh keluarganya dengan sepanduk yang bertulis “Welcome Home Kleon”. Dia mengatakan bahawa dia akan pulang semula untuk meneruskan pengajian selepas penerbangan dibenarkan.
Sumber: www.ladbible.com