KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada hari ini telah berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.
Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin, memetik kenyataan Istana Negara.
Perkara itu adalah setelah semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi Kerajaan diperhalusi. Ini untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Selain itu, YDP Agong juga berpandangan bahawa vaksinasi satu-satunya “exit strategy” bagi mengawal penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Sumber: Bernama, Istana Negara