Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat yang dijangka melanda beberapa buah negeri sehingga jam 6 petang.
Amaran yang dikeluarkan pada pukul 2:10 petang tadi menunjukkan terdapat 11 negeri dijangka dilanda ribut petir.
Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah di Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Bera dan Rompin) serta seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Selain itu, seruluh kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru)
Manakal di Sarawak: Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri).
Bagi negeri-negeri yang dijangka terlibat dengan ribut petir dan hujan lebat, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di dalam rumah sekiranya tiada urusan di luar.

Sumber: MetMalaysia