Penasihat Presiden Ukraine memaklumkan lebih 40 orang tenteranya terkorban dan berdozen-dozen lagi cerdera setakat ini sejak Rusia memulakan serangan pada pagi Khamis. Sebanyak 10 orang awam juga dilaporkan terbunuh.
Memetik daripada laporan Livemint mendakwa tentera Rusia telah melancarkan serangan peluru berpandu dan senjata berat secara bertubi-tubi ke arah beberapa lokasi di Ukraine sejak awal pagi ini.
Justeru, Kementerian Dalam Negeri Ukraine mengatakan bahawa ibu negara, Kyiv menjadi sasaran dan menggesa rakyat untuk perpindah ke tempat yang lebih selamat untuk berlindung.
Jelas pengawal sempadan Ukraine, negara tersebut sedang diserang dari lima wilayah termasuklah dari Crimea dan Belarus, utara Ukraine dan mendakwa tentera Rusia telah menyeberang ke negara tersebut melalui kawasan itu.
Sumber: Livemint, Indiatimes