United Kingdom (UK) dilapor akan menghantar bantuan ketenteraan ke Ukraine ekoran krisis Ukraine-Russia yang kian memuncak akhir-akhir ini, lapor Aljazeera.
Perdana menterinya, Boris Johnson memaklumkan sedemikian menerusi satu sidang media di Parlimen hari ini.
“Memandangkan tindak-tanduk Russia yang semakin mengancam Ukraine, UK tidak lama lagi akan sediakan ‘pakej’ ketenteraan lanjut kepada Ukraine.
“Ia merangkumi senjata pertahanan dan bantuan ‘non-leathal’,” katanya, memetik Aljazeera.
Sementara itu, menurut Independent, Johnson turut mengumumkan ‘serangan’ pertamanya ke atas Russia dengan menjalankan sekatan pasaran ekonomi di Moscow dengan menjadikan bank sebagai sasaran.
Sumber: Al-Jazeera, Independent