Kes positif jangkitan baharu Covid-19 di negara ini mengalami penurunan tiga angka dengan 959 kes baharu dilaporkan, sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 76,265 kes setakat Rabu (9 Disember 2020), jam 12 tengahari.
Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 10,748 kes.
Daripada 958 kes baharu pada hari ini, terdapat enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan selebihnya merupakan penularan tempatan.
Negeri Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 277 kes dicatatkan, diikuti Sabah 203 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 129 kes dan lain-lain.
Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 1,068 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 65,124 kes (85.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Sehingga kini, terdapat 127 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 61 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala, terdapat pertambahan lima (5) kes kematian sekaligus menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 393 kes atau 0.52 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Sumber: Sidang Media KKM