Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 5,434 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,396,121 kes.
Pun begitu, catatan kes positif harian hari ini menunjukkan penurunan berbanding 6,145 kes semalam.
Maklumat terperinci mengenai kes positif harian di setiap negeri, kes kematian dan kes sembuh akan dimuatnaik di laman web COVIDNOW.
Sumber: DG Hisham