Majlis Keselamatan Negara melalui satu perkongsian di facebook sebentar tadi memaklumkan bahawa Tentera Udara Malaysia (TUDM) telah meletakkan pesawat Hawk 208 dari Skudron No. 6 di Pangkalan Udara Labuan dalam keadaan bersiap sedia.
Makluman berkenaan terlebih dahulu dimuat naik oleh laman facebook Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Labuan.
Sebentar tadi, negara digemparkan dengan berita mengejutkan dari TUDM mengenai kehadiran penerbangan mencurigakan oleh 16 buah pesawat milik Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) di Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu.
TUDM kemudian telah melancarkan pesawat pemintas pada jam 1.33 tengah hari untuk melakukan identifikasi visual setelah beberapa arahan yang dikeluarkan tidak dipatuhi.
Berita lanjut mengenai insiden berkenaan boleh dibaca melalui pautan dibawah.
BACA: TERKINI: Kemunculan Penerbangan 16 Pesawat Tentera Udara China Yang Mencurigakan Dikesan Di ZMM Kota Kinabalu, Berjaya Dipintas TUDM
Sumber: MKN