Tiga lagi kematian dilaporkan akibat Covid-19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 73 kes kematian di negara ini setakat jam 12 tenghari tadi, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi sidang media KKM, kes kematian ke-71 (kes ke-3091) merupakan lelaki berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout.
Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif daripada kluster Sri Petaling (kes ke-452) dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan.
Kes kematian ke-72 (kes ke-537) merupakan lelaki berumur 71 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.
Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Kes kematian ke-73 (kes ke-1273) merupakan lelaki berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.
Beliau telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Manakala, 72 individu daripada kes Covid-19 turut ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 38 daripadanya bergantung dengan alat bantuan pernafasan.
Sumber: Sidang Media KKM