Putrajaya, 13 Mei- Tiada sidang Dewan Rakyat akan dijalankan pada Isnin, 18 Mei hadapan.
Berdasarkan kenyataan media dikeluarkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusoff itu, pindaan tersebut dikatakan selaras dengan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Menurutnya, beliau telah menerima surat ditandatangani YAB Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis memaklumkan tentang pemindaan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 susulan penularan COVID-19 yang belum reda sepenuhnya.
Susulan itu, sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei ini hanya bagi urusan Titah Diraja, katanya.

Sumber: Bernama