TERKINI: Tiada Pengumuman Mengenai Barisan Kabinet Akan Dibuat Hari Ini – Pejabat PM

Edayu

Satu laporan daripada Pejabat Perdana Menteri mengatakan bahawa tiada pengumuman mengenai barisan Kabinet akan di buat pada hari ini.

Tidak dinafikan bahawa tumpuan minggu ini terarah kepada pengumuman pembentukan kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baru sahaja selesai menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di istananya hari ini.

Pagi tadi Perdana Menteri tiba di Pahang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdul Aziz bagi mempersembahkan senarai Kabinet Menteri baharu untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

Sumber: Bernama