Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 5 kes telah pulih dan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 8,486 bersamaan 97.8 %.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat 3 kes baharu jangkitan Covid-19 yang telah dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,677 kes . Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 70 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan di hospital.
Tambahnya lagi, tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia