Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 8,075 kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,285,640 kes.
Kes positif harian di Malaysia terus menunjukkan penurunan beberapa hari kebelakangan ini.
Sarawak masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan jumlah 1,189 kes. Kes positif harian di Sarawak hari ini menunjukkan penurunan berbanding 1,418 kes semalam.
Turut mencatakan kes positif harian empat angka adalah negeri Kelantan dengan jumlah 1,020 kes direkodkan hari ini. Kes harian di Kelantan menunjukkan peningkatan berbanding 796 kes semalam.
Pun begitu, negeri Selangor menunjukkan penurunan ketara dengan catatan 686 kes hari ini, berbanding 1,000 kes semalam. Manakala Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan dua kes hari ini berbanding sifar kes positif semalam.
Sumber: DG Hisham