Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 9,066 kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,227,565 kes.
Pun begitu, jumlah kes positif harian hari ini menunjukkan pengurangan berbanding 10,915 kes semalam.
Sarawak masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan jumlah 1,418 kes. Kes positif harian di Sarawak hari ini menunjukkan penurunan berbanding 2,121 kes semalam.
Selain Sarawak, hanya satu negeri dilaporkan merekod jumlah kes positif harian empat angka iaitu Selangor dengan catatan 1,000 kes.
Kebanyakan negeri turut merekodkan penurunan kes hari ini termasuk Sabah (767 kes), Johor (981 kes), Pulau Pinang (620 kes), Kelantan (796 kes), Perak (669 kes), Negeri Sembilan (191 kes), Melaka (206 kes) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (24 kes).
Negeri-negeri yang menunjukkan pertambahan kes berbanding semalam ialah negeri Kedah (670 kes), WP Kuala Lumpur (201 kes), Pahang (630 kes), Terengganu (827 kes) dan Perlis (66 kes).
Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan tidak merekodkan sebarang kes positif hari ini.
Sumber: DG Hisham