Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 3,490 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,691,639 kes.
Kes positif harian di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan sejak beberapa hari kebelakangan ini. Malah jumlah kes yang dicatatkan setakat petang 12 Disember 2021 turut berkurang berbanding 4,626 kes semalam.
Menurut rumusan sepintas lalu di COVIDNOW, setakat ini 78.1 peratus rakyat Malaysia telah lengkap vaksinasi di mana negeri Selangor, WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur menunjukkan peratusan lengkap vaksinasi tertinggi, masing-masing pada kadar 93.8 peratus.
Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam di laman web COVIDNOW.
Sumber: DG Hisham