
Seramai tiga mangsa dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Permai, Ampang petang tadi.
Menurut laporan ringkas Bernama, difahamkan sebanyak 15 buah rumah serta 10 kenderaan turut terjejas.
Kenyataan tersebut dilapor Bernama dalam satu laporan ringkas sebentar tadi.
Sebelum itu, tular video rakaman detik-detik ngeri tanah di kawasan bukit tersebut yang runtuh hingga menyebabkan pokok tumbang.
Berita lanjut menyusul.
BACA JUGA: (Video) TERKINI: Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai Ampang, 15 Rumah Dilapor Terjejas




Sumber: Bernama