Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 9,020 kes Covid-19 baharu yang dilaporkan pada hari ini.
9,020 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 558,534 kes.
Kes baharu COVID-19 pada hari ini dilaporkan adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan.
Daripada jumlah kes COVID-19 baharu yang dilaporkan itu, negeri Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan pada hari ini merekodkan jumlah kes baharu yang tertinggi pernah dicatatkan.
Sumber:
Noor Hisham Abdullah