Kerajaan telah bersetuju untuk melonggarkan SOP bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi bagi negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1 berkuat kuasa pada 10 September 2021.
Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa keputusan itu dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta MKN.
Antara ketetapan yang telah diputuskan adalah semua aktiviti sukan indoor kecuali gimnasium adalah dibenarkan kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin.
Selain daripada itu juga, fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor) dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin.
Namun begitu, penggunaan fasiliti perlulah dilakukan secara janji temu di samping pematuhan SOP.
Keterangan Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini akan dikemaskini oleh MKN dan kementerian berkaitan.
Sumber: Bernama