Sebanyak 87 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat 3 Mei 2020.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 4413 orang atau 70% daripada jumlah keseluruhan.
Sumber: Sidang Media KKM