TERKINI: Seorang Lagi Maut Akibat Covid-19, Angka Keseluruhan Kini 20 Kematian

Aqmal Ezany

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, mengesahkan bahawa terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 yang dilaporkan CPRC kebangsaan.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di akaun sosial medianya sebentar tadi, kes kematian yang ke-20 itu adalah merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun dan telah disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang tadi.

Sumber: Noor Hisham Abdullah