Gambar Hiasan via Bernama

TERKINI: Semakin Menurun, Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Di Paras 2k

Nadhirah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa jumlah kes COVID-19 hari ini menunjukkan penurunan dengan 2,589 kes berbanding semalam, iaitu 3,108 kes.

Menerusi ciapan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara sebanyak 2,721,544 kes.

Dalam masa yang sama, kes baharu yang dicatatkan hari ini dilaporkan menurun lagi sebanyak 2,589 kes berbanding semalam, 3,108 kes dan kelmarin 4,083 kes.

Sumber : Noor Hisham Abdullah