Gegaran yang dirasai oleh penduduk di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur hari ini berpunca daripada gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia kira-kira pukul 1.19 tengah hari tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa dengan kedalaman 19 km itu berlaku pada jarak 18 km Tenggara dari Padang Sidempuan, Indonesia.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

Sebelum itu, warganet di kawasan Lembang Klang pada hari ini mendakwa dikejutkan dengan gegaran yang berlaku dalam tempoh singkat.
Sumber: MET Malaysia, Twitter