Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini telah melaporkan sebanyak 2,018 kes baharu COVID-19 yang melibatkan 2,011 kes tempatan dan 7 kes import. Penambahan kes baharu COVID-19 pada hari ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 95, 327 kes.
Menerusi laman Twitter KKM, sebanyak 1,084 pesakit telah sembuh dan menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 78,393 kes.
Dukacita dimaklumkan pada hari ini, terdapat satu kes kematian yang dilaporkan melibatkan seorang lelaki bukan warganegara berusia 50 tahun di Hospital Tuaran.
Menerusi maklumat pecahan kes baharu COVID-19, negeri Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan 1,204 kes diikuti negeri Johor dengan 278 kes baharu.
Sumber: KKMalaysia