Gambar via Bernama TV

TERKINI: Satu Lagi Mayat Mangsa Banjir Lumpur Telemong Ditemui Petang Ini

Eyla Azri

Satu lagi mayat mangsa tragedi banjir lumpur Telemong ditemui pasukan penyelamat sekitar jam 4.23 petang tadi, lapor Bernama.

Sebelumnya, dua mayat wanita dan satu lelaki, dipercayai daripada kumpulan lima individu yang dilapor hilang dalam kejadian banjir lumpur di Telemong, Bentong, Pahang ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Menurut Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohd Sufian Yakob memetik laporan Bernama, operasi mencari dan menyelamat dimulakan jam 9 pagi ini di kawasan mereka dilapor hilang.

Memetik laporan Bernama, mayat pertama ditemukan pada jam 1 tengah hari manakala mayat dua wanita ditemukan pada 1.20 tengah hari dan 2 petang, kira-kira dua hingga lima kilometer dari kawasan mereka dilaporkan hanyut.

Semalam, pihak polis menerima laporan berhubung kehilangan lima individu tersebut. Namun pasukan penyelamat sempat menghadapi kesukaran untuk masuk ke tempat kejadian susulan tanah runtuh di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Bernama