Satu lagi kejadian gempa bumi sederhana dilaporkan telah berlaku di Laut Flores pada 4.31 petang tadi dengan magnitud 5.3 skala Ritcher.
Menerusi ciapan Jabatan Meterologi Malaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak pada koordinat 7.7° Selatan dan 122.7° Timur dengan jarak 293km Utara dari Kupang, Indonesia.
Terdapat juga gegaran yang kuat berlaku sebentar tadi. Walau bagaimanapun, gempa dengan kedalaman 17km tersebut tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Kredit: Met MalaysiaSumber: Met Malaysia