Rusia dilapor mula memindahkan kesemua kakitangan diplomatiknya dari Kyiv, Ukraine, hari ini.
Berita pemindahan semua kakitangan diplomat itu dilaporkan oleh Economic Times yang memetik sumber dalaman Kedutaan Rusia di Ukraine.
Berdasarkan laporan Kementerian Luar Rusia pada Selasa, keutamaan pertama mereka adalah menjaga diplomat Rusia dan kakitangan kedutaan dan Konsulat Jeneral, bahkan mereka melindungi nyawa dan keselamatan mereka.
Ketegangan di kedua-dua buah negara berjiran itu semakin memuncak apabila Rusia semalam telah mengiktiraf pengisytiharan kemerdekaan dua buah wilayah milik Ukraine, Donetsk dan Luhanks yang dikuasai oleh puak pemisah pro-Rusia.
Malah, angkatan bersenjata milik Rusia juga dilapor memasuki wilayah tersebut. Rusia mendakwa ia dihantar sebagai Pasukan Pengaman.
Hari ini, Ukraine dilapor menggesa semua rakyatnya yang ada di Rusia agar segera meninggalkan negara tersebut selain mengaktifkan pengambilan tentera simpanan.
Sumber: Economic Times, The Spectator Index