Harga runcit bagi minyak petrol RON97 dilapor naik sebanyak lima (5) sen seliter, daripada RM3.07 kepada RM3.12 seliter, umum Kementerian Kewangan.
Bagaimanapun, harga runcit bagi minyak petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada harga terdahulu.
Menurut kementerian itu, harga RON95 masih kekal pada RM2.05 seliter, manakala diesel pula turut kekal dengan RM2.15 seliter.
Perubahan harga produk petroleum tersebut adalah bagi tempoh 27 Januari hari ini sehingga 2 Februari depan.
Sumber: MOF