Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 6 Januari hingga 12 Januari 2022.
Perkara ini telah dimaklumkan menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun rasmi Twitternya.
Harga petrol RON97 naik tiga sen kepada RM3.03 seliter, harga RON95 RM2.05 seliter dan diesel kekal RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa kesan perubahan harga minyak mentah dunia ini akan terus dipantau serta akan bersedia untuk mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.
Sumber: MoF