Kementerian Kewangan mengesahkan harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak satu (1) sen seliter, iaitu daripada RM2.69 kepada RM2.70.
Manakala harga runcit bagi petrol RON95 serta diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
Harga runcit produk petroleum tersebut ditetapkan bagi tempoh 8 hingga 14 Julai depan.

Sumber: Kementerian Kewangan