Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa aktiviti merentas negeri secara rasminya dibenarkan mulai esok.
Beliau mengumumkan pengumuman sedemikian menerusi sidang khas secara langsung hari ini.
Jelas Ismail, data terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan peratusan populasi dewasa yang lengkap divaksinasi kini telah mencapai 90 peratus.
Bagaimanapun kebenaran rentas negeri ini dikecualikan bagi kawasan-kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Berita lanjut menyusul.
Sumber: Bernama Tv