Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 4,262 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,663,034 kes.
Dalam masa yang sama, kes baharu yang dicatatkan hari ini dilaporkan menurun lagi sebanyak 4,262 kes berbanding semalam 4,298 kes dan kelmarin 4,896 kes.
Menurut rumusan sepintas lalu di COVIDNOW, setakat ini 77.9 peratus rakyat Malaysia telah lengkap vaksinasi di mana negeri Selangor, Lembah Klang, WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur menunjukkan peratusan lengkap vaksinasi tertinggi, masing-masing pada kadar 93.5 peratus.
Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam di laman web COVIDNOW.
Sumber: DG Hisham