Kerajaan pada hari ini bersetuju untuk meningkatkan jumlah eBelia daripada RM50 kepada RM100 seorang.
Perkara tersebut disampaikan sendiri oleh Menteri Kewangan, YB Tengku Zafrul dalam persidangan di Parlimen yang berlangsung sebentar tadi.
Selain daripada itu juga, beliau turut menyatakan bahawa kerajaan akan memanjangkan inisiatif eBelia ini kepada 1.1 juta mahasiswa di IPT dan IPTS termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun.
Berita lanjut bakal menyusul.
Sumber: Bernama