Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mendakwa bahwa beliau yakin bahawa Rusia akan menyerang Ukraine dalam beberapa hari lagi.
Ia susulan fakta yang didakwanya menunjukkan bahawa tentera Rusia kini telah ‘mengepung’ Ukraine dari Belarus hingga ke Laut Hitam di bahagian selatan, dan di sepanjang sempadan Ukraine.
Dakwaan itu dibuat beliau melalui satu tweet sebentar tadi.
Dalam satu laporan hari ini, beberapa pihak mendakwa kejadian letupan kuat dipercayai letupan paip minyak di timur Ukraine, wilayah yang dikuasai kumpulan pemisah pro-Rusia, merupakan rancangan ‘false flag’ yang dirancang oleh pemimpin Rusia bertujuan untuk memberikan lampu hijau kepada tentera Rusia melintasi sempadan Ukraine.
Dakwaan itu juga berkata, letupan itu memberi alasan untuk tentera Rusia memberi ‘bantuan’ dan ‘perlindungan’ kepada kumpulan pemisah tersebut.
Sumber: Twitter Joe Biden