Negeri Johor akan beralih ke Fasa Tiga dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), sementara Pahang turut beralih ke Fasa Empat berkuat kuasa 8 Oktober ini.
Makluman tersebut diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan, memetik laporan ringkas Bernama hari ini.
Dalam pada itu, waktu operasi di pasar borong bagi negeri-negeri Fasa Dua dan Tiga PPN dibenarkan mengikut syarat lesen oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bermula 9 Oktober ini.
Tambah Hishammuddin, upacara Mengikat Thaali di kuil dan Pernikahan Kudus (Holy Matrimony) juga dibenar dalam tempoh PPN, bermula 9 Oktober tersebut.
Dalam masa sama, bermula 9 Oktober ini juga, aktiviti lelongan awam bagi sektor pajak gadai adalah dibenarkan dengan syarat ketat.
Berita penuh menyusul.
Sumber: Bernama