Seorang lelaki telah ditahan berikutan kes pembunuhan kejam seorang wanita dan kanak-kanak lelaki yang dikerat lapan yang ditemui di kawasan Kampung Ladang, Jalan PK 43, Perindustrian Krubong Melaka.
Menurut Ketua Polis Melaka, Dato’ Mat Kasim bin Karim, suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan mangsa telah ditahan di Singapura dengan kerjasama polis negara berkenaan.
“Berdasarkan maklumat risikan, tempat kejadian dipercayai berlaku di rumah milik mangsa iaitu sebuah rumah teres 2 tingkat di Taman Merdeka Jaya,” katanya.
Hasil siasatan, pihak polis telah menemui kesan darah di bilik bawah kediaman mereka.
Penangkapan telah dibuat dan siasatan masih berjalan.
Sumber: Polis Melaka