PUTRAJAYA, 4 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran akan dilaksanakan di kawasan Penjara Alor Setar, Kedah selama 14 hari mulai 12.01 tengah malam ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah tersebut turut melibatkan kawasan kuarters kakitangan penjara berkenaan.
Dalam masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesahkan terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di kawasan penjara tersebut.
Beliau berkata demikian hari ini, memetik ciapan BERNAMA di Twitter.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: BERNAMA