kerajaan tidak akan biar rakyat ikat perut
Gambar hiasan via Bernama

TERKINI: PKPD Di Seluruh Daerah Seremban Mulai 9 Hingga 22 Julai – Ismail Sabri

Edayu

Terkini, kerajaan hari ini telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan mulai 9 hingga 22 Julai.

Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi, ia susulan daripada laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi kes Covid-19 di daerah berkenaan.

PKPD daerah Seremban ini terdiri daripada 8 mukim iaitu:

  • Mukin Ampangan

  • Mukim Labu

  • Mukim Lenggeng

  • Mukim Pantai

  • Mukim Rantau

  • Mukim Rasah

  • Mukim Seremban

  • Mukim Setul

Hasil pemantaun yang dilakukan oleh pihak KKM mendapati, daerah ini mencatatkan peningkatan kes dan setakat 4 Julai 2021, sebanyak 5504 kes aktif telahpun direkodkan di lokaliti ini.

Perlaksanaan PKPD ini untuk mengawal pergerakan penduduk di kesemua mukim yang terlibat serta mengekang penularan Covid-19.

Sumber: Bernama